Sedcovest mengamalkan model perniagaan berteraskan dua matlamat utama (Double Bottom Line), iaitu mengimbangi kestabilan kewangan dengan misi sosioekonomi.
Sedcovest menjana pendapatan melalui penyewaan hartanah, pelaksanaan program latihan dan pengurusan projek. Pada masa yang sama, Sedcovest turut melaksanakan mandatnya untuk memperkasa komuniti Bumiputera di Sabah melalui program pembangunan kapasiti serta penyediaan infrastruktur perniagaan pada kadar yang berpatutan.
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan bumiputera di kawasan-kawasan yang strategik dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap, teratur, bersih dan kadar sewa yang berpatutan.
Membantu usahawan mendapatkan latihan dalam perniagaan mereka dan pendedahan para belia dalam keusahawanan.
Bertujuan untuk memupuk kesadaran jiwa perniagaan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah disamping memberi asas ‘keusahawanan’ kepada mereka.
Membantu dan mempromosikan hasil produk serta perkhidmatan usahawan tempatan melalui pameran anjuran kerajaan dan juga media sosial.
Kami bersedia membantu anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan, cadangan, atau perlukan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami, sila hubungi kami.