VISION

PENERAJU PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN PEMACU
PERTUMBUHAN BISNES BERWIBAWA

  • Visi di atas mempamerkan hasrat organisasi untuk menjadi sebuah entiti yang kredibel, kompeten dan strategik di dalam merancang, mengurus dan melaksana pembangunan bisnes dan keusahawanan terutamanya di Negeri Sabah.
  • Ianya juga menunjukkan kesungguhan organisasi, di dalam menggerakkan transformasi minda masyarakat yang mampu melihat keusahawanan sebagai suatu bentuk kerjaya yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri mereka, bahkan berupaya memberi faedah yang besar kepada komuniti secara keseluruhannya melalui proses latihan, pendidikan dan bimbingan secara sistematik dan berkesan.
  • Visi yang dinyatakan turut membayangkan iltizam organisasi untuk menjadi pihak yang berwibawa di dalam memacu pertumbuhan bisnes dan ekonomi di Negeri Sabah dan di dalam masa yang sama membuktikan kewibawaan organisasi di dalam menjadi entiti bisnes yang cemerlang di dalam Kumpulan SEDCO

MISION

MELAHIRKAN DAN MENINGKATKAN USAHAWAN BUMIPUTERA YANG BERKALIBER DAN KOMPETAN KE ARAH MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI

  • Membangun dan memperkasa model serta pendekatan pembangunan bisnes dan minda keusahawanan secara berterusan
  • Bergerak secara strategik dan berintegrasi dengan agensi seaspirasi di dalam konteks pembangunan keusahawanan dan bisnes di Negeri Sabah
  • Memperkukuh keupayaan di dalam melaksanakan perancangan dan penyediaan prasarana serta perkhidmatan bagi merangsang pertumbuhan bisnes di dalam komuniti
  • Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kami kepada pelanggan
  • Memastikan kecekapan pengurusan kewangan bagi memastikan pulangan pelaburan yang tinggi kepada pihak berkepentingan
  • Memperkasa kompetensi dan modal insan agar mampu memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap dan berintegriti