SEDCOVEST DAN MUIS TEROKA POTENSI BAHARU, PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2026 – Pengurusan Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (Sedcovest) yang diketuai oleh Pengurus Besar, Tuan Yahyah Sidek, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), YBhg. Datuk Ramlan Ag. Ali, di pejabat beliau.
Berlandaskan kerjasama erat yang telah terjalin selama lebih sedekad, kunjungan ini memberi tumpuan kepada penerokaan potensi usaha sama yang lebih dinamik antara Sedcovest dan MUIS. Perbincangan turut membuka ruang untuk memperluas kerjasama sedia ada melalui inisiatif baharu yang dapat menjana manfaat ekonomi kepada kedua-dua pihak serta masyarakat.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperkukuh hubungan sedia ada antara kedua-dua pihak, di samping membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.