KENINGAU – Siri lawatan rasmi pengurusan diteruskan pada hari yang sama, 18 Mei 2026, ke Tamu Ground Keningau bagi sesi lawatan tapak dan perbincangan cadangan penaiktarafan kawasan tersebut.
Lawatan ini turut disertai oleh Pegawai Eksekutif Daerah Keningau serta Jurutera Daerah Keningau, yang bersama-sama memberi pandangan teknikal dan input berkaitan keperluan pembangunan serta penambahbaikan infrastruktur sedia ada di kawasan tamu berkenaan.
Antara aspek yang dibincangkan termasuk susun atur tapak, kemudahan asas, serta potensi penambahbaikan jangka panjang bagi meningkatkan daya tarikan ekonomi setempat.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam menilai potensi pembangunan ruang niaga tempatan serta memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak berkuasa daerah demi manfaat komuniti setempat.