Sedcovest Tinjau Jalinan dengan JKPTG Lebarkan Peranan Pembangunan

Sedcovest Holdings Sdn Bhd bersama-sama dengan Unit Tanah SEDCO telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian PERSEKUTUAN (JKPTG) , Negeri Sabah, Pn. Fazlina Hj. Abdul Rani pada 15 Oktober. Kunjungan yang diketuai oleh Pengurus Besar, En. Abd. Rahim Md. Zain bertujuan mewujudkan jalinan dan kerjasama strategik dengan jabatan berkenaan dalam aspek perancangan dan pembangunan infrastruktur perniagaan Bumiputera di bawah Kumpulan SEDCO.
Selain perbincangan tentang tapak-tapak yang boleh dimajukan, rombongan telah berkesempatan menjelaskan pelbagai aktiviti komersil di bawah Kumpulan SEDCO selain program keusahawanan yang dilaksanakan termasuk latihan keusahawanan.
Turut serta dalam kunjungan adalah Encik Thomas A. Charles, Bhg. Pengurusan Hartanah SEDCO dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Projek & Perniagaan, Sedcovest.