SEDCOVEST TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BAGI INISIATIF PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul bin Ibrahim, bersama Pn. Emmie M. Idang, Pengerusi Sabah Air Aviation merangkap Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat.
Delegasi telah disambut oleh Pengerusi Sedcovest, Datuk Redonah Bahanda, bersama Pengurus Besar Yahyah Sidek dan barisan pengurusan SVH dalam satu sesi perbincangan yang konstruktif dan bermakna.
Pertemuan ini membuka ruang kepada penerokaan kerjasama strategik dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi di Sabah.
Sedcovest komited untuk terus memperkukuh jaringan kolaborasi demi menyokong agenda pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti selaras dengan aspirasi negeri.