18 Apr 2026 – Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) berbesar hati menerima jemputan ke program Majlis Ramah Mesra, Kempen Bina Legasi & Menyantuni Rumah Al-Aman yang berlangsung pada 18 April 2026 di Kota Kinabalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
SVH diwakili oleh Pengurus Besar, Yahyah Sidek, bersama barisan pengurusan iaitu Cannisius Ebin Gon (Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran), Malizah Oldy (Pengurus Pembangunan Perniagaan), Suhaili Wahap (Eksekutif Pembangunan Usahawan) serta Azriatie Valerie Abd. Aziz (Eksekutif Hal Ehwal Korporat).
Sebagai rakan strategik baharu kepada Amanah Raya Berhad, SVH menghargai peluang jalinan kerjasama yang kini mula dibentuk bersama pelaksana program Growbiz Leftenan Muda Maritim (B) Awil Kamsari. Jalinan strategik ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa ekosistem keusahawanan.
Dalam kesempatan yang sama, pihak SVH turut berpeluang mengadakan sesi perbincangan bersama Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad, En. Jack Yap serta En. Usman Hj. Hamid, Ketua Pembangunan Perniagaan, bagi meneroka potensi kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.
SVH berharap kolaborasi ini akan terus diperkukuh melalui pelaksanaan inisiatif yang lebih dinamik dan berimpak tinggi, sejajar dengan objektif bersama dalam meningkatkan kapasiti serta martabat usahawan Bumiputera di Sabah.