POLISI PENERIMAAN & PEMBERIAN HADIAH

Selaras dengan pelaksanaan pengurusan anti-rasuah Sedcovest Holdings Sdn
Bhd (SVH) telah mewujudkan Polisi dan Garis Panduan Pemberian & Penerimaan
Hadiah yang bertujuan untuk memberi panduan berkaitan penerimaan &
pemberian hadiah di kalangan kakitangan SVH.
Kakitangan SVH tidak dibenarkan menerima daripada atau memberikan kepada
orang atau pihak (pembekal, kontraktor atau lain-lain) sebarang bentuk hadiah
atau layanan baik jika:
(a) Pemberian yang berkaitan dengan tugas rasmi; dan / atau
(b) Amaun atau nilai pemberian tidak sepadan dengan maksud pemberian itu;
dan
/ atau
(c) Pemberian atau penerimaan dilakukan dengan niat rasuah.
Sebarang aktiviti penerimaan dan pemberian hadiah, kakitangan tersebut perlu
merujuk Prosedur Penerimaan Hadiah dan Pekeliling Kerajaan Negeri Sabah
Bil.3/2003 untuk tindakan yang sepatutnya.

1. OBJEKTIF POLISI

Polisi ini bertujuan untuk memberi panduan kepada kakitangan SVH berkaitan dengan
pemberian dan penerimaan hadiah oleh kakitangan SVH sama ada ketika menjalankan
tugas rasmi mahupun di luar waktu tugas rasmi.

Polisi ini juga bertujuan untuk memberi amaran kepada pihak yang berurusan dengan
SVH seperti pembekal atau kontraktor agar tidak memberikan hadiah kepada mana-
mana kakitangan SVH yang berurusan dengan mereka.

2. SKOP POLISI

Polisi ini terpakai kepada:

a) Semua kakitangan SVH, yang merangkumi Pengurusan Tertinggi SVH, Pengurus
Bahagian serta Pegawai-Pegawai SVH;

b) Semua pembekal atau kontraktor yang sedang atau akan berurusan dengan SVH.

3. POLISI

4.1 Larangan Penerimaan Hadiah
Kakitangan SVH dilarang untuk menerima sebarang bentuk hadiah atau layanan baik
daripada orang atau pihak (pembekal, kontraktor atau lain-lain) jika:

a) Pemberian yang berkaitan dengan tugas rasmi; dan / atau

b) Amaun atau nilai pemberian tidak sepadan dengan maksud pemberian itu; dan /
atau

c) Pemberian atau penerimaan dilakukan dengan niat rasuah.

4.2 Pemberian Hadiah Yang Sukar Ditolak
Sekiranya dalam keadaan tertentu penolakan hadiah yang ada kaitan dengan tugas
awam, akan mengaibkan pemberi hadiah atau menjejaskan hubungan profesional,
kakitangan SVH boleh menerima hadiah tersebut dan hendaklah melaporkan secara
bertulis kepada Pengurus Besar untuk kelulusan.

Walau bagaimanapun, bagi memudahkan urusan pentadbiran, kakitangan SVH boleh
melaporkan secara permohonan bertulis kepada Pengurus Besar dengan mengisi
borang permohonan tanpa perlu kelulusan, sekiranya pemberian hadiah tersebut:

a) Nilainya kurang daripada RM100;

b) Berbentuk lencana (plaque) atau pennant atau barang-barang kraftangan yang
dihasilkan sendiri oleh organisasi tersebut atau bahan-bahan bercetak berkaitan
organisasi tersebut yang bertujuan untuk promosi; dan

c) Barang-barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama.

4.3 Penerimaan Hadiah Yang Tidak Berkaitan Dengan Tugas Rasmi
Bagi penerimaan hadiah yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi, kakitangan SVH
yang menerimanya perlu mengambil tindakan berikut:

a) Jika nilai tidak sepadan, kakitangan SVH hendaklah melaporkan secara bertulis
kepada Pengurus Besar untuk kelulusan dengan mengisi borang permohonan
(Borang B) ; atau

b) Jika nilai sepadan, kakitangan SVH hanya perlu melaporkan secara bertulis
kepada Pengurus Besar tanpa perlu kelulusan dengan mengisi borang
permohonan (Borang B).

Maksud Nilai Hadiah Yang Sepadan
Penerimaan hadiah yang dianggap sepadan ialah:-
Nilai hadiah yang diterima kurang ¼ daripada emolumen bulanan atau RM500; atau /
dan

Penerimaan hadiah dalam keadaan berikut:

a) Penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, hari
lahir, pertunangan dan perkahwinan pegawai;

b) Penerimaan hadiah daripada isteri / suami, anak-anak termasuk anak menantu
atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu / bapa termasuk ibu
dan bapa mertua, dan adik beradik termasuk sebelah isteri / suami;

c) Penerimaan hadiah daripada saudara mara dan rakan-rakan sempena majlis
hari jadi, pertunangan dan perkahwinan pegawai atau anak-anak, atau apa-apa
majlis lain yang berkaitan dengan adat resam dan agama; atau

d) Penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama.

4.4 Penerimaan Hadiah Yang Menjadi Kesalahan
Penerimaan hadiah, sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan atau
tidak sepadan, adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang sekiranya
penerimaan dalam keadaan berikut:

Hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah (corruptly or with
corrupt intention) bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada pegawai itu
bagi melakukan atau tidak melakukan (to forebear), atau kerana telah melakukan
atau telah tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal atau
urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan kerja-kerja rasminya (seksyen 9 dan
10), Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 161 dan 162,Kanun Keseksaan);

Orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasmi
pegawai itu sendiri atau dengan kerja rasmi seseorang pegawai yang di bawahnya
dia bekerja dan pemberian serta penerimaan itu tidak dilakukan dengan suci hati (not
in good faith) sebaliknya ia dilakukan dengan satu niat jenayah (mens rea); atau

Hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang, yang
pegawai itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena dalam apa-
apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh pegawai itu
(seksyen 165, Kanun Keseksaan).

4.5 Pemberian Keraian oleh Kakitangan SVH
Pegawai boleh memberi atau menerima keraian jika tidak mempengaruhi tugas
rasminya atau tidak bercanggah dengan tatakelakuan pegawai.

Walaupun pegawai dibenarkan memberi atau menerima keraian, pegawai hendaklah
memberi perhatian yang serius mengenai perkara-perkara berikut:

a) Dengan memberi atau menerima keraian, ianya tidak sama sekali menjejaskan
kuasa dan tanggungjawab pegawai sebagai kakitangan SVH untuk kepentingan
pihak yang memberi keraian itu;

b) Pemberian dan penerimaan keraian itu tidak bercanggah dengan kehendak
tatakelakuan pegawai di bawah PANS 4 Bahagian D.

c) Sensitiviti organisasi SVH;

d) Sensitiviti masyarakat terhadap tanggungjawab pegawai dan imej syarikat SVH
keseluruhannya; atau/dan

e) Kekerapan pegawai memberikan keraian.

4. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Sebarang ketidakpatuhan boleh menjurus kepada unsur kesalahan di bawah peraturan
berikut:

a) Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah (PANS) Bil.3/2003;

b) Akta Pencegahan Rasuah 1997;

c) Seksyen 161, 162 & 165 Kanun Keseksaan.