POLISI KONFLIK KEPENTINGAN

Sedcovest telah mewujudkan Polisi dan Garis Panduan kepada Ahli Lembaga Pengarah
dan kakitangan Sedcovest di mana mempunyai kepentingan peribadi yang
berkemungkinan mengganggu dalam sesuatu keputusan secara am dan khusus
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan kakitangan yang mengurusetia
atau pihak ketiga.

OBJEKTIF POLISI

Polisi Konflik Kepentingan adalah bagi mengelakkan perkara yang boleh merosakkan
imej dan reputasi Sedcovest berlaku dalam melaksanakan tugas seharian dengan telus,
amanah dan berintegriti. Konflik kepentingan ialah kepentingan melibatkan anak,
suami / isteri dan sebagainya yang diistilah sebagai saudara merujuk kepada SEKSYEN
3 AKTA SPRM 2009 seperti berikut:-
‘saudara’ berhubung dengan seseorang, ertinya,
a) Isteri atau suami itu:
b) Adik atau abang kakak orang itu:
c) Adik atau abang atau kakak isteri suami orang itu:
d) Orang yang mempunyai pertalian langsung ke atas atau ke bawah dengan
orang itu:
e) Orang yang mempunyai pertalian langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri
atau suami orang itu:
f) Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang
disebut dalam perenggan (II):
g) Bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu: atau
h) Menantu orang itu
Ia juga melibatkan tugasan kerja yang melibatkan AHLI KELUARGA atau ANGGOTA
MEMPUNYAI HUBUNGAN PERIBADI YANG RAPAT boleh menimbulkan
Konflik Kepentingan sebenar serta boleh mewujudkan suasana kerja yang negatif atau
tidak professional seperti terkandung di bawah SEKSYEN 23 (1) (2) AKTA SPRM 2009.

1. SKOP POLISI

Polisi ini terpakai kepada:
a) Ahli Lembaga Pengarah Sedcovest sepanjang tempoh perkhidmatannya:-
b) Semua kakitangan Sedcovest termasuk Pengurusan Tertinggi SVH, Pengurus
Bahagian serta Pegawai-Pegawai Sedcovest;
c) Semua pembekal atau kontraktor yang sedang atau akan berurusan dengan
Sedcovest;
d) Pelanggan Sedcovest;
e) Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkaitan.

2. KATEGORI POLISI

Untuk memastikan kepentingan Sedcovest terjamin, semua pekerja diwajibkan untuk
mengisytiharkan kepentingan pertalian saudara, kewangan, peribadi, keaktifan parti
politik dan lain-lain dalam apa jua perkara yang boleh mewujudkan Konflik Kepentingan
dalam tugas rasmi di SVH. Polisi ini merangkumi kategori seperti berikut:-


a) Pengisytiharan Ahli Mesyuarat
i) Borang Pengisytiharan Mesyuarat akan diedarkan oleh urusetia kepada setiap
Bahagian, Seksyen dan Unit sebelum mesyuarat bermula.
ii) Pengerusi mesyuarat akan menyemak borang tersebut dan sekiranya terdapat
Konflik Kepentingan, Pengerusi akan memaklumkan Ahli Mesyuarat sebelum
dimulakan. Antara tindakan yang boleh diambil oleh Pengerusi adalah:-
– Menahan diri daripada mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.
– Berkecuali dalam mengundi.
– Menarik diri daripada mesyuarat.
– Sila rujuk Unit Integriti – mesyuarat yang memerlukan Pengisytiharan.


b) Pengisytiharan Memiliki Pelaburan Luar
i) Pelaburan peribadi yang dibuat seseorang pekerja Sedcovest.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan setahun sekali.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.


c) Pengisytiharan Menjalankan Pekerjaan Atau Perniagaan Luar
i) Pekerjaan kedua atau pekerjaan separuh masa / partime atau menjalankan
perniagaan di luar yang dibuat seseorang pekerja Sedcovest.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan setahun sekali.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.


d) Pengisytiharan Menyertai Parti Politik
i) Bergiat aktif dan memiliki jawatan dalam mana-mana Parti Politik di luar mana
yang dibuat seseorang pekerja Sedcovest.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan setahun sekali.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.


e) Proses dan Aktiviti Perundangan
i) Setiap proses undang-undang seperti memerlukan perkhidmatan Syarikat Guaman,
Tenancy Agreement dan Perkhidmatan Perundangan yang relevan.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses pelantikan yang
baharu.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.


f) Proses dan Aktiviti dalam Panel Temuduga Jawatan Baharu / Kenaikan
Pangkat
i) Kepada Panel Penemuduga samada daripada dalam atau luar Sedcovest.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses pelantikan /kenaikan pangkat yang baharu.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.


g) Proses dan Aktiviti Pelantikan Konsultan / Kontraktor / Pembekal
i) Kepada Panel Penemuduga samada daripada dalam atau luar Sedcovest.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses pembiayaan yang
baharu.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.


h) Proses dan Aktiviti Penyewaan
i) Kepada Para Panel Penemuduga samada daripada dalam atau luar Sedcovest.
ii) Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses penyewaan yang baharu.
iii) Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

3. KETIDAKPATUHAN POLISI

Sekiranya kakitangan Sedcovest gagal mengemukakan Borang Pengisytiharan yang
berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan atau terbukti mengemukakan maklumat palsu,
dengan sengaja atau tidak sengaja, pihak berwajib akan mengambil tindakan
sewajarnya mengikut tindakan tatatertib Sedcovest atau dikenakan hukuman
sebagaimana mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
undang-undang Malaysia yang relevan.