POLISI KETEKUNAN WAJAR (DUE DILIGENCE)

Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. akan melaksanakan due diligence iaitu proses ketekunan wajar atau
semakan secara mendalam tahap risiko rasuah yang membolehkan organisasi membuat
keputusan berhubung dengan urus niaga tertentu, projek, aktiviti, rakan niaga perniagaan atau
kakitangan.

SKOP DUE DILIGENCE

Pelaksanaan due diligence akan dilaksanakan pada perkara-perkara seperti berikut:
– Transaksi-transaksi kategori spesifik, projek-projek atau aktiviti-aktiviti;
– Perancangan atau hubungan yang berterusan dengan kategori yang
spesifik dengan rakan perniagaan; atau
– Kategori spesifik kakitangan dalam jawatan tertentu.


Justeru, mana-mana proses kerja yang berkaitan dengan perkara di atas akan dilaksanakan proses
due diligence seperti berikut:
– Semakan yang mendalam terhadap maklumat-maklumat yang berkaitan bagi menentukan
tahap risiko rasuah yang wujud dalam pelaksanaan perkara tersebut; dan
– Melaksanakan tindakan yang sewajarnya berdasarkan tahap risiko rasuah yang dikenal pasti.


Sebarang perkara yang jika dilaksanakan, boleh mendatangkan risiko rasuah yang tinggi perlu:
– Dielakkan; atau
– Jika dilaksanakan, perlu disekalikan dengan apa-apa tindakan yang boleh mengurangkan
tahap risiko rasuah tersebut.