POLISI INTEGRITI DAN ANTI RASUAH

Selaras dengan pelaksanaan Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah dalam
Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (MS ISO
37001:2016) SEDCO, Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) telah mewujudkan Polisi Anti-
Rasuah yang bertujuan untuk menerangkan dasar mengenai peraturan serta larangan
terhadap sebarang aktiviti berbentuk rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
Polisi ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta serta peraturan yang berkaitan.
Polisi ini dapat membentuk satu hala tuju yang jelas dalam kalangan kakitangan SVH untuk
bersama-sama dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan
salahguna kuasa.

SVH komited untuk:

a. Membanteras segala amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada
berlaku dalam kalangan kakitangan SVH dan pihak berkepentingan;

b. Mematuhi segala peraturan, perundangan, akta atau arahan yang berkaitan dengan
kesalahan rasuah, terutamanya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009;

c. Melaksanakan pengurusan Anti-Rasuah yang berfungsi sebagai sistem kawalan
dalaman bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta
menambah baik langkah pengurusan anti-rasuah secara berkesan;

d. Menggalakkan kakitangan SVH untuk melaporkan sebarang kesalahan rasuah yang
berlaku dengan menyediakan saluran aduan melalui Polisi Aduan Integriti;

e. Menambah baik pengurusan Anti-Rasuah secara berterusan;

f. Mewujudkan Unit Integriti & Governans sebagai badan bebas yang berperanan untuk
menyelia pelaksanaan pengurusan Anti-Rasuah, memberi penerangan kepada
kakitangan SVH berkaitan kesalahan rasuah, dan menyelia pelaksanaan pengurusan
Anti-Rasuah serta melaporkan prestasi pelaksanaannya kepada Pengurusan Tertinggi
dan Lembaga Pengarah;

g. Mengenakan tindakan yang wajar bagi sebarang pelanggaran polisi Anti-Rasuah yang
berkaitan.

RUBBIN GURIBAH
Pengerusi
8 Ogos 2024