PENGERUSI BAHARU MULA TUGASSEDCOVEST MULA TUGAS

YBhg. Datuk Redonah Bahanda memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengerusi baharu Sedcovest Holdings Sdn Bhd hari ini dengan menghadiri sesi taklimat korporat syarikat yang diadakan di pejabat Sedcovest, Wisma SEDCO.
 
Taklimat yang merangkumi objektif, aktiviti teras, prestasi semasa dan hala tuju syarikat dalam mengupayakan pembangunan usahawan serta pembangunan sosio- ekonomi negeri telah disampaikan Pengurus Besar, Abd Rahim Md Zain.
 
Dalam ucapan ringkasnya, Datuk Redonah mengutarakan keperluan kepada program pembangunan usahawan yang inklusif merangkumi antara lain penglibatan wanita dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Jelas beliau, usaha memperkasa wanita dalam sektor PMKS bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan isi rumah, malah menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi tempatan selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah.
 
Sementara itu, Pengurus Besar dalam ucapan alu-aluannya menegaskan komitmen, kerjasama dan sokongan yang berterusan seluruh warga syarikat kepada lembaga pengarah di bawah kepimpinan baharu demi menjayakan mandat dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Selain bertemu anggota Pengurusan dan kakitangan, Datuk Redonah turut dibawa melawat Pusat Inkubator Perniagaan (PIP) Wisma SEDCO & PIP Anjung Selera, Teluk Likas serta meninjau operasi medan makan Anjung Selera yang merupakan antara aset komersial di bawah pengurusan Sedcovest.