MENEROKA POTENSI TENAGA ALTERNATIF LESTARI

22 April – Sedcovest (SVH) hari ini menerima kunjungan hormat daripada 3rd Wave Energy Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Pengarah Urusan, En. Song Eu Jin, bersama Pengarah En. Ag. Mohd. Hazrul Mohd. Yunus dan En. Iskandar Noorsalleh.
Delegasi telah disambut oleh Pengerusi SVH, Datuk Redonah Bahanda bersama barisan pengurusan. Sesi pembentangan dari 3rd Wave Energy tertumpu kepada potensi kerjasama strategik dalam bidang tenaga alternatif lestari, sejajar dengan aspirasi pembangunan ekonomi hijau serta kelestarian alam sekitar.
Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan mengenai peluang pembangunan projek tenaga bersih yang berimpak tinggi, termasuk penerokaan teknologi inovatif serta model perniagaan yang berdaya maju. Inisiatif ini dilihat mampu menyokong agenda peralihan tenaga negara serta membuka ruang kepada pelaburan dan pembangunan industri yang lebih lestari.
SVH menyambut baik sesi perbincangan ini dan berharap agar ia dapat membuka ruang kepada penerokaan peluang kerjasama pada masa akan datang, selaras dengan kepentingan bersama dalam pembangunan tenaga yang lebih lestari.