MEMPERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA UMS

13 April 2026 – Sedcovest berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJTP), Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik.
Delegasi UJTP diketuai oleh Dr. Faerozh Madli (Ketua Unit), bersama Dr. Dean Nelson Mojolou (Penyelaras Jaringan) dan Cik Nor Ashikin Maidin (Pembantu Pegawai Eksekutif).
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada meneroka peluang kolaborasi penganjuran program bersama, khususnya dalam aspek pelkasanaan program pembangunan profesional serta latihan mengikut keperluan industri.
Turut hadir mewakili Sedcovest ialah Pn. Nor Jahan Yaakub (Pengurus Pembangunan Usahawan) dan En. Suhaili Wahap (Eksekutif Pembangunan Usahawan).
Sedcovest turut menyatakan komitmen untuk meneroka langkah seterusnya dalam memperkukuh pelaksanaan program yang lebih berimpak melalui rangkaian rakan seaspirasi, demi memberi manfaat kepada usahawan tempatan. Melalui kerjasama yang berlandaskan objektif dan komitmen yang seiring, inisiatif ini diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti serta merancakkan pertumbuhan ekonomi, sejajar dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.