MEMACU PERANAN SVH SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN MELALUI KOLABORASI UMS

28 April – Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (SVH) berbesar hati menerima kunjungan daripada Bahagian Kepimpinan & Pembangunan Bakat, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Pengarah, Pn. Kamisah Husin, bersama pensyarah kanan Dr. Izaan Azyan Abd. Jamil dan Dr. Borhan Abdullah.
Kunjungan ini hadir pada masa yang amat bertepatan, selari dengan perancangan SVH untuk memperkukuh peranan dan kehadirannya sebagai sebuah pusat kecemerlangan dalam latihan sosio ekonomi dan komersial.
Turut hadir dalam sesi perbincangan bersama Pengurus Besar SVH ialah Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan, Bahagian Pembangunan Usahawan serta Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Pentadbiran.
SVH amat menghargai peluang pertemuan ini dan menzahirkan keterujaan untuk meneroka potensi sinergi bersama pihak UMS, khususnya Bahagian Kepimpinan & Pembangunan Bakat, ke arah mewujudkan hubungan kerjasama yang saling memberi manfaat pada masa hadapan.