MELAKAR HUBUNGAN MEMPERKASA USAHAWAN BERSAMA USAHANITA

23 April – Sedcovest berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Persatuan Usahanita Inspirasi Kota Kinabalu (KKWINS), diketuai oleh Presiden Pn. Faineh Modirim.
Pengerusi Sedcovest, Datuk Redonah Bahanda bersama pengurusan menyambut baik delegasi dalam sesi yang bertujuan memperkenalkan latar belakang persatuan, mengeratkan hubungan strategik serta meneroka peluang kolaborasi program pembangunan wanita.
SVH komited untuk bekerjasama dengan KKWINS dalam usaha memperkasa usahawan wanita Sabah agar dapat berkembang bersama secara lestari.