MAJLIS PERASMINAN KARNIVAL USAHAWAN PMKS TAWAU ZON – 26 APRIL 2025
Majlis Perasmian Karnival Usahawan PMKS Tawau Zon dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri telah berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Andy Muhammad Suryady bin Bandi, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.
Karnival PMKS Zon Tawau dianjurkan bagi menyokong dan memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di kawasan Tawau dan sekitarnya. Program ini bertujuan untuk menyediakan platfom kepada usahawan tempatan mempromosikan produk serta perkhidmatan melalui aktiviti ‘business matching’ bagi memperluas jaringan perniagaan.
Dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera, Sedcovest turut mengambil bahagian dalam pameran dengan memperkenalkan program terbaharu berbentuk geran iaitu Program Pensijilan Halal dan MESTI melalui bantuan konsultansi dan pengubahsuaian premis.
Selain itu, Sedcovest turut menyediakan kursus keusahawan dan kemudahan Premis Perniagaan di seluruh Sabah bagi memperkukuhkan daya saing usahawan tempatan dan melonjakkan pertumbuhan perniagaan mereka secara mampan.
Melalui inisiatif ini, Sedcovest komited untuk terus menjadi pemangkin dalam pembangunan ekonomi bumiputera khususnya di Sabah.