LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR KUMPULAN SEDCO KE LAHAD DATU DAN TAWAU

LAWATAN KERJA PENGURUS BESAR KUMPULAN SEDCO KE LAHAD DATU DAN TAWAU
13-14 MEI 2025
Sesi lawatan kerja Pengurus Besar Kumpulan SEDCO yang baharu, Ybhg. Datuk Ar. James Wong Kein Peng, ke premis-premis SEDCO dan anak syarikat di kawasan Lahad Datu dan Tawau. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif beliau untuk mengenali dan meninjau lebih dekat operasi dan pelaksanaan projek Kumpulan SEDCO di seluruh Sabah.
Rombongan telah melawat ke premis Sedcovest, Bazaar Souq El-Mizan yang terletak di Masjid Al-Kauthar Tawau dan Light Industrial Building (LIB) Tengah Nipah Lahad Datu. Rombongan turut diberi taklimat ringkas oleh Pengurus Bahagian Pengurusan Hartanah, Pn.Dayang Hanizah Mohd Yusop. Beliau turut menyambut baik usaha Sedcovest dalam penyediaan premis kepada usahawan tempatan dan berharap agar inisiatif tersebut dapat dipertingkatkan bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan.
Antara premis anak syarikat lain yang turut dilawati sepanjang lawatan kerja selama dua hari ini termasuklah Perkasa Trading Sdn Bhd (PTSB) Lahad Datu, SEDCO Industrial Estate, Lahad Datu Flour Mill Sdn Bhd (LDFM), Darvel Bay, PTSB Tawau dan Eastern Plaza serta Kuhara Court Tawau yang dibawah pengurusan SUDC.
Rombongan turut disertai oleh barisan pengurusan atasan SEDCO, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (CA&F), Tn. Haji Azrul Haji Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (P&D), En. Suhaimi Untong, Pengurus Kanan (Operasi Loji) CIS, Tn Haji Ir. Rajesh Datuk Yusof , Ketua Pegawai Eksekutif SUDC, En. Afizal Aldin dan pegawai-pegawai daripada anak syarikat.
Lawatan kerja ini di jangka menjadi langkah awal ke arah sinergi yang lebih kukuh antara SEDCO dan anak-anak syarikat.