KUNJUNGAN PPD KOTA MARUDU KE SEDCOVEST

KUNJUNGAN PPD KOTA MARUDU KE SEDCOVEST
1 OKTOBER – Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. menerima kunjungan delegasi Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Marudu, diketuai oleh Timbalan PPD, Tuan Said bin Ambar, bersama pegawai-pegawai Unit Sukan. Delegasi disambut oleh Pengerusi Sedcovest, Datuk Redonah Bahanda, Pengurus Besar Yahyah Sidek serta barisan pengurusan.
Dalam pertemuan tersebut, delegasi berkongsi pencapaian sukan dan kokurikulum, khususnya kejayaan membangunkan pasukan hoki dalam keadaan kemudahan latihan yang terhad di daerah Kota Marudu. Berbekalkan semangat, kegigihan dan komitmen yang tinggi, pasukan ini berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik di Sabah, setanding pasukan dari daerah besar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Keningau.
Pasukan hoki perempuan bawah 12 tahun, MHDC Girls Kota Marudu, turut terpilih mewakili Sabah ke Pesta Hoki Antarabangsa di Pulau Pinang pada 13–15 November 2026. Lebih membanggakan, beberapa pemain hoki perempuan dari daerah ini juga pernah terpilih mewakili negara.
Pengerusi dan pengurusan Sedcovest menzahirkan rasa bangga atas perjalanan pasukan ini, daripada permulaan sederhana hingga berjaya mewakili negeri. Sedcovest mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan MHDC Girls Kota Marudu Bawah 12 tahun dan berharap mereka terus mengharumkan nama negeri Sabah dalam kejohanan akan datang.