Kota Kinabalu, 25 Jun 2025 – Sedcovest Holdings Sdn Bhd hari ini menerima kunjungan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO yang baharu dilantik, Datuk James Wong Kein Peng, sebagai sebahagian daripada siri lawatannya untuk mengenali anak-anak syarikat di bawah kumpulan SEDCO.
Program hari ini merangkumi taklimat pengurusan, sesi ramah mesra bersama warga kerja, serta lawatan ke pejabat utama Sedcovest, Pusat Inkubator Perniagaan, dan premis Anjung Selera. Sesi taklimat telah diketuai oleh Pengerusi Sedcovest, Datuk Rubbin Guribah bersama Pengurus Besar, Encik Abd. Rahim Md. Zain.
Sepanjang sesi berlangsung, Datuk James telah diberi taklimat mengenai inisiatif semasa, perancangan strategik dan pencapaian utama Sedcovest. Pertemuan ini telah menjadi platform yang saling menguntungkan bagi kedua-dua pihak untuk menyelaras halatuju dan aspirasi bersama.
Datuk James turut berkongsi kepakaran dan pengalaman industri beliau, serta memberikan panduan dan nasihat yang bernas untuk membantu Sedcovest memperkukuh prestasi dan bergerak lebih pantas ke arah mencapai visinya — sebagai peneraju pembangunan usahawan Bumiputera di Sabah.
Lawatan ini mencerminkan komitmen SEDCO untuk terus memupuk sinergi dan kecemerlangan prestasi di kalangan anak syarikatnya demi manfaat ekonomi dan pembangunan keusahawanan negeri.