Dalam dunia ekonomi yang sentiasa berubah pantas, kita perlu sentiasa adaptif dan bersedia bergerak secara dinamik untuk terus kekal relevan serta mara ke hadapan. Perniagaan, pertumbuhan dan legasi yang baik wajar dipertahankan agar segala yang telah dibina, dicapai dan disumbangkan tidak disia-siakan.
Kelmarin, pengurusan Sedcovest telah mengadakan sesi perbincangan yang konstruktif bersama Ketua Pembangunan Perniagaan Amanah Raya Berhad, Tn. Usman Hj. Hamid, serta rakan strategik pelaksana program GrowBiz 2026 iaitu Perusahaan Anika Bersaudara Sdn Bhd, yang diwakili oleh Lt. Muda Maritim (B) Awil Kamsari dan Pn. Hjh. Siti bt. Dagar.
Perbincangan berfokus kepada usaha memperkukuh sokongan kepada usahawan, khususnya dalam meningkatkan keyakinan pelabur dan institusi pembiayaan terhadap potensi perniagaan mereka, di samping memastikan pengurusan legasi yang mampan untuk kesinambungan jangka panjang.
Melalui program GrowBiz, Amanah Raya menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat bersama SVH dalam membimbing dan memperkasa usahawan terpilih agar dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.
SVH melihat inisiatif ini sebagai satu langkah positif ke arah memperluas peluang dan memperkukuh ekosistem keusahawanan yang lebih berdaya tahan dan lestari.