Majlis penutupan program berkenaan disempurnakan Puan Moira David, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan pada 4 November.
Sepanjang tempoh pelaksanaan, para peserta telah mengikuti bengkel peningkatan kemahiran menjahit selama 5 hari yang dimantapkan dengan modul keusahawanan asas meliputi subjek asas simpan kira, pemasaran digital, dan perancangan perniagaan, di samping dipantau secara berkala bagi tujuan penilaian prestasi, galakan dan khidmat nasihat.
Puan Moira dalam ucapan penutupannya menzahirkan penghargaannya atas pendekatan kolaboratif tersebut yang memberi impak bermakna kepada komuniti luar bandar. “Setiap jahitan yang terhasil dengan penuh ketelitian adalah benang yang menghubungkan impian dengan kejayaan,” antara pesanan bermakna yang disampaikan kepada para peserta, menandakan permulaan perjalanan baharu mereka dalam dunia keusahawanan.
Sedcovest dalam kenyataannya turut menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong program-program pembangunan komuniti seumpama ini, khususnya yang memberi manfaat kepada golongan sasar dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan memperkukuh peranan wanita sebagai pemangkin ekonomi negeri.
“Sedcovest berharap akan ada lebih banyak kolaborasi seperti ini di masa hadapan agar lebih ramai wanita luar bandar dapat dibantu untuk berdikari dan menjadikan kemahiran mereka sebagai sumber pendapatan yang mapan,” ujar Pengurus Besar Sedcovest, Encik Abd Rahim Md Zain.