BERSAMA MENJAGA PANTAI KITA: SVH SERTAI PROGRAM CSR PEMBERSIHAN PANTAI

Komited menyokong aktiviti yang membawa manfaat kepada komuniti serta alam sekitar, Sedcovest telah turut serta Program CSR Pembersihan Pantai anjuran Affin Bank Cawangan Jalan Gaya yang berlangsung pada 15 November lalu di Pantai Tanjung Lipat. Usaha ini merupakan inisiatif murni dalam memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar, khususnya kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan masyarakat.
Sebagai tanda sokongan, Sedcovest menyediakan Anjung Selera sebagai lokasi berkumpul bagi memudahkan perjalanan program tersebut.
Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara alam sekitar, bukan sahaja untuk dinikmati oleh masyarakat hari ini, tetapi juga untuk memastikan ia kekal memberi manfaat kepada komuniti setempat serta para pelancong yang berkunjung ke negeri ini.
Sedcovest berharap lebih banyak program dan kerjasama seumpama ini dapat diteruskan demi memastikan keindahan alam dan pesisir pantai di Kota Kinabalu amnya dan Tanjung Lipat khasnya terus terpelihara.