ARAH KOLABORASI LATIHAN BERTAULIAH: KUNJUNGAN HORMAT SEDCOVEST KE HRD CORP SABAH

20 APRIL 2026 – Kunjungan hormat Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) ke HRD Corp Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Yahyah Sidek, dan disambut oleh En. Hazrullizam Idris, Ketua Wilayah Sabah, bersama Encik Madzuan Shafaraz, Senior Associate merangkap Head of Account Management serta En. Emmanuel Joseph Edward, Head of Office Sabah Region.
Turut serta daripada pihak SVH ialah Pengurus Pembangunan Sumber Manusia & Pentadbiran, En. Cannisius Ebin Gon, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pn. Malizah Oldy serta pegawai-pegawai kanan.
Sesi perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik dalam usaha memposisikan SVH sebagai penyedia latihan bertauliah, selaras dengan komitmen memperkasa pembangunan modal insan dan keupayaan industri.