KOTA KINABALU, 20 Oktober 2026 – Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (Sedcovest) merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah atas sokongan dan keprihatinan terhadap usaha pembangunan syarikat melalui penglibatan dalam Sesi Libat Urus Belanjawan Sabah 2027 bersama Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Dalam sesi tersebut, MINDET turut membentangkan beberapa cadangan inisiatif untuk pertimbangan Belanjawan Sabah 2027, selain inisiatif sedia ada kementerian dan agensi di bawahnya. Sedcovest, anak syarikat SEDCO yang merupakan agensi di bawah MINDET, turut diberi ruang untuk menyampaikan pembentangan khas.
Sedcovest menghargai peluang tersebut yang membolehkan cadangan serta keperluan pembangunan syarikat diketengahkan untuk pertimbangan. Sokongan ini amat bermakna dalam memperkukuh peranan Sedcovest bagi menyokong pembangunan ekonomi dan keusahawanan di Sabah.
Hadir mewakili Sedcovest ialah Pengurus Besar, Yahyah Sidek; Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran, Cannisius Ebin Gon; serta Eksekutif Pembangunan Projek, Ag. Herwan Ag. Tahir.