BEAUFORT, 19 Oktober 2026 – Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. (Sedcovest) mengadakan sesi perbincangan bersama Majlis Daerah Beaufort berhubung cadangan pelanjutan tempoh Perjanjian Usaha Sama (JVA) antara kedua-dua pihak.
Delegasi Sedcovest diketuai oleh Pengurus Pengurusan Hartanah, Puan Dayang Hanizah Mohd. Yusop. Pertemuan tersebut turut disertai sesi kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif Majlis Daerah Beaufort yang baharu, Tuan John bin Genchit.
Perbincangan ini bertujuan meneliti cadangan pelanjutan tempoh JVA bagi memastikan kesinambungan kerjasama serta manfaat bersama kepada kedua-dua pihak dan komuniti setempat.
Sedcovest turut merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan John atas pelantikan beliau serta berharap hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh dalam menyokong pembangunan ekonomi dan keusahawanan di daerah Beaufort.