IGU SEDCOVEST BERSAMA MEMPERKUKUH INTEGRITI DAN TADBIR URUS

Unit Integriti dan Governan (IGU) Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. hadir bersama IGU SEDCO dan syarikat-syarikat dalam Kumpulan SEDCO pada Konvensyen Pengukuhan Unit Integriti dan Governan (IGU) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sabah Tahun 2026, bertemakan “IGU Kukuh, GLC Unggul”.
Penyertaan ini mencerminkan sokongan Sedcovest terhadap saranan kerajaan untuk memperkukuh fungsi IGU, membudayakan integriti serta meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan organisasi. Konvensyen ini turut menekankan kepentingan sokongan berterusan kepimpinan, kompetensi pegawai integriti serta fungsi semak dan imbang yang berkesan.
Melalui perkongsian amalan terbaik dan kerjasama antara GLC, penglibatan ini menjadi platform untuk memperkasa peranan IGU dalam pencegahan rasuah dan pengurusan risiko, demi membina organisasi yang berdaya tahan, dipercayai dan mampan.