SIRI LAWATAN PENGURUSAN KE PREMIS PERNIAGAAN DAERAH LAHAD DATU

LAHAD DATU 20 MEI – Siri lawatan kerja diteruskan pada 20 Mei di premis Light Industrial Building (LIB) Tengah Nipah, Lahad Datu sebagai sebahagian usaha meninjau keperluan penambahbaikan fasiliti serta potensi pembangunan premis agar lebih selari dengan keperluan semasa industri dan komuniti setempat.
LIB Tengah Nipah menyediakan unit industri ringan separa berkembar dua tingkat serta unit teres yang memberi ruang dan kemudahan kepada pelbagai jenis perusahaan dan aktiviti perniagaan tempatan. Kedudukan premis yang strategik turut menjadikannya antara lokasi berpotensi dalam menyokong perkembangan sektor perusahaan kecil dan sederhana di daerah ini.
Lawatan ini memberi fokus kepada cadangan menaiktaraf kemudahan sedia ada demi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, teratur dan berdaya saing kepada para penyewa serta usahawan tempatan.
Melalui lawatan ini, pihak pengurusan turut meneliti beberapa aspek penambahbaikan fasiliti yang boleh dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan premis terus relevan, mampan dan mampu memenuhi keperluan semasa komuniti perniagaan di Lahad Datu.