BEAUFORT 6 MEI – Delegasi Sedcovest Holdings Sdn Bhd yang diketuai oleh Pengurus Besar, Yahyah Sidek telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Eksekutif Daerah Beaufort bersama Mohd Ainol Bin Mohd Dun.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama yang telah lama terjalin antara SVH dan daerah Beaufort dalam usaha membangunkan premis perniagaan sejajar dengan peranan SVH dalam pembangunan usahawan Bumiputera Sabah.
Turut dibincangkan ialah perancangan masa hadapan serta potensi kerjasama strategik dan usaha sama (JV) yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup masyarakat setempat.