JAMU HAUS BORNEO SERTAI ANJUNG SELERA TG. LIPAT, MEMPERKASA TREND WELLNESS BAHARU

23 April – Sedcovest Holdings Sdn Bhd (SVH) mengalu-alukan penyertaan terbaharu dalam kalangan usahawan bidang kesejahteraan di Anjung Selera, Tanjung Lipat.
Jamu Haus Borneo Sdn. Bhd. sebuah syarikat minuman berasaskan kesihatan, mengetengahkan kebaikan jamu tradisional Indonesia dengan sentuhan moden—dirumus menggunakan bahan semula jadi bagi menyokong kesejahteraan menyeluruh serta mendekatkan amalan ini kepada gaya hidup pengguna masa kini.
Pengasasnya, Pn. Zaklean Ansari Zambri turut membentangkan perancangan masa hadapan kepada Pengerusi, Datuk Redonah Bahanda serta pengurusan SVH, termasuk potensi kerjasama dalam program pembangunan komuniti dan usahawan tani herba desa.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah progresif dalam mentransformasikan minuman tradisional kepada tawaran yang lebih relevan dan trending, khususnya dalam kalangan golongan profesional dan belia yang mementingkan kesihatan.