22 April – Pengerusi Sedcovest, Datuk Redonah Bahanda berbesar hati menerima kunjungan daripada Hydrise Solution Sdn. Bhd. sebuah peneraju industri dalam sektor petrokimia, minyak dan gas yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Khairi Azri bersama Pengurus Besar, En. Mohamad Rahimi Mohd. Kamarud-Din.
Sesi perbincangan memfokuskan kepada potensi kerjasama strategik dalam penerokaan tenaga alternatif, termasuk kemungkinan pelaksanaan inisiatif bersama pada masa hadapan. Turut hadir, Pengurus Besar SVH En. Yahyah Sidek serta barisan pengurusan. Sedcovest kekal komited memperkukuh kerjasama berimpak ke arah pertumbuhan lestari dan nilai jangka panjang.