Program Walkabout & Interaksi
oleh Ketua Pegawai Eksekutif (TERAJU)

24 Jun 2020

            Anjung Selera menerima lawatan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Peneraju Agenda
Bumiputera (TERAJU) Tn. Hj. Md. Silmi Abdul Rahman pada 25 Jun 2020.
Turut bersama dalam sesi Walkabout dan Interaksi TERAJU bersama pihak berkepentingan ini adalah
Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Timbalan Pengurus Besar SEDCO, Pengurus
Besar Sedcovest, wakil Pengarah Jabatan Pengurusan Hartanah DBKK dan para penyewa di Anjung
Selera.


        Projek pembangunan semula dan menaiktaraf Anjung Selera, Tanjung Lipat, Likas menjadi mercu
tanda baharu TERAJU di Kota Kinabalu dalam melaksana agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera
melalui Program Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB). Projek usahasama dan
komitmen di antara agensi kerajaan Negeri melalui anak syarikat milik penuh SEDCO, iaitu Sedcovest
Holdings Sdn Bhd ini antara lain bertujuan meningkatkan kapasiti usahawan dan para peniaga serta
menaikkan taraf ekonomi mereka.
Sedcovest merupakan salah satu penerima DPUB di Sabah yang membangun semula dan menaik
taraf Anjung Selera dengan peruntukan bernilai RM13.5 juta. Ia meliputi penyediaan 64 lot ruangan
komersil dan pelbagai guna termasuk gerai jualan makanan dan minuman, kedai runcit, kiosk
makanan dan pelbagai barangan serta bilik serbaguna.

Dari kiri: Suhaimi Untong (Tim. Pengurus Besar SEDCO, Mohd. Amir Karim (Pengurus Besar Sedcovest), Mohd. Lan bin Muslim (Pengarah Bersekutu TERAJU dan Tn. Hj. Md. Silmi Abd. Rahman (CEO TERAJU)​

Gambar kenangan bersama operator foodcourt Anjung Selera dan rakan kerjasama TERAJU​