PROGRAM FOOD BANK

10 Julai 2021 – Gabungan 18 NGO dari sekitar Kota Kinabalu bekerjasama dengan Sedcovest Holdings Sdn Bhd melancarkan program Food Bank @ Anjung Selera Tg. Lipat, Likas. Food Bank ini adalah hasil inisiatif Pertubuhan Kebajikan Amanah Hawi Alkhairat Malaysia cawangan Sabah (HAK) untuk bergabung dengan NGO di Kota Kinabalu dan juga agensi-agensi kerajaan dan korporat.
Tujuan utama Food Bank ini adalah untuk membantu golongan yang terkesan oleh Covid-19, agar tidak ada yang kelaparan akibat pandemik ini.
SEDCO melalui anak syarikat milik penuhnya, Sedcovest Holdings Sdn Bhd turut menyokong usaha murni ini dengan menyediakan satu (1) lot di Anjung Selera sebagai Food Bank Station. Anjung Selera Tg. Lipat yang diurus oleh Sedcovest akan memastikan pematuhan SOP dipantau setiap masa terutamanya semasa pengambilan pek makanan dan penghantaran barangan daripada penderma. Kerjasama ini adalah salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Anjung Selera.
Turut hadir penyerahan sumbangan hari ini ialah YBhg Datuk Hj. Pengiran Saifuddin Pg. Tahir, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO dan Tn. Hj. Syed Hussin bin Habib Omar, Timbalan YDP Pertubuhan Amanah Hawi Alkhairat Malaysia merangkap penasihat Gabungan NGO Kota Kinabalu. Dua syarikat korporat turut menyampaikan sumbangan iaitu Al-Rajhi Bank Cawangan Kota Kinabalu dan Sinar Uni-Resources Sdn Bhd.
Mana-mana orang perseorangan, agensi kerajaan dan korporat dijemput dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan dana atau barangan disepanjang tempoh perintah kawalan pandemik COVID-19 selagi diperlukan.
MASA OPERASI
Penerimaan Sumbangan:
Setiap hari
9.00 pagi – 4.00 petang
Agihan Sumbangan:
Selasa, Khamis & Sabtu
Sesi 1: 9.00 pagi – 11.00 pagi
Sesi 2: 4.00 ptg – 6.00 ptg
(Tertakluk kepada stok makanan sedia ada)
Sesiapa yang ingin menghantar sumbangan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi:
Gabungan NGO: 0111 945 1262 Anjung Selera: 010 248 6451