JUALAN AMAL PERABOT KAYU ANJUNG SELERA, LIKAS

Anjung Selera Tanjung Lipat menjadi tuan rumah kepada Program Jualan Amal Perabot
Kayu Pine. Program ini adalah salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sedcovest
Holdings Sdn Bhd dengan membantu usaha mengumpul dana Pusat (Amal) Latihan & Amali OKU
Sabah. Pusat yang terletak di Kg. Selaud Tuaran ini telah dilanda banjir kilat dan menghadapi
kerosakan dan kerugian yang teruk. Hasil-hasil kerja pelatih OKU yang membuat perabot kayu pine
serta peralatan mesin-mesin tidak dapat digunakan lagi.

Jualan Amal yang telah diadakan bertujuan untuk membantu menampung kos kerugian dimana
perabot-perabot yang masih elok dan sempat diselamatkan dijual dengan harga diskaun. Anggaran
kos untuk membayar balik deposit tempahan pelanggan, membeli bahan-bahan kayu, membeli
mesin-mesin dan pembaikan pusat latihan dianggarkan berjumlah RM300,000.00.

Pusat (Amal) Latihan & Amali OKU ini diasaskan oleh Tn. Hj. Azman Saidin yang juga merupakan
seorang OKU. Pusat ini melatih 100% OKU dari serata negeri dalam seni pembuatan perabot kayu
dan memberi peluang mereka untuk menjana pendapatan sendiri. Program 3 bulan yang dianjurkan
bermula daripada November 2019 telah melatih 22 orang OKU dan graduan digalakkan untuk
menceburi perniagaan sendiri di tempat asal masing-masing. Manakala ada juga pelatih yang
memilih untuk terus bekerja di Pusat ini dan menghasilkan perabot untuk dijual di pasaran.

Keadaan Pusat (Amal) Latihan & Amali OKU
di Tuaran selepas dilanda banjir pada 28 Jun 2020

Jualan Amal Perabot Kayu Pine di Anjung Selera pada 5 Julai 2020