gallery/logo_sedcovest(official)_200px
gallery/icon_round_facebook_green
gallery/icon_round_insta_green
gallery/icon_round_twitter_green
gallery/icon_round_youtube_green
gallery/qr-sedcovest
gallery/top_header

PERUTUSAN PENGERUSI

gallery/perutusan_pengerusi_bg3

Saya dengan penuh sukacita mengalu-alukan anda ke laman web rasmi Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

Ditubuhkan pada tahun 1995, objektif utama Sedcovest adalah untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang berjaya dan menjadi pelaksana utama pembangunan usahawan di negeri Sabah.  Usaha ini direalisasikan melalui pelaksanaan pelbagai program latihan keusahawanan dan projek penyediaan premis perniagaan di bandar utama dan kawasan luar bandar.

 Sila luangkan masa untuk layari halaman untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami.  Antara lain, laman web ini memaparkan profil korporat, aktiviti syarikat, berita dan acara terkini, program keusahawanan dan beberapa direktori dan pautan berguna.

Sama ada anda seorang ahli perniagaan, usahawan baru, penyelidik, ahli akademik, pelajar atau pelawat umum, kami berharap maklumat yang diberikan di sini dapat memberikan manfaat.

Laman web ini adalah salah satu cara untuk berhubung secara interaktif kepada para pelanggan, pihak berkepentingan, rakan kongsi perniagaan yang berpotensi dan orang awam secara umum.

Akan ada peningkatan dan pengemaskinian berterusan ke laman web ini untuk memastikan ia tetap bermaklumat dan relevan.  Oleh itu, kami mengalu-alukan maklumbalas atau pertanyaan anda mengenai aktiviti kami serta komen dan cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

Terima kasih.

YB Datuk James Bin Ratib

Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd