gallery/logo_sedcovest(official)_200px
gallery/icon_round_facebook_green
gallery/icon_round_insta_green
gallery/icon_round_twitter_green
gallery/icon_round_youtube_green
gallery/qr-sedcovest
gallery/top_header

BERITA TERKINI

Bil.

Berita

Tarikh

1.

MAJLIS PELANCARAN PEMBINAAN SEMULA ANJUNG SELERA TANJUNG LIPAT

Projek pembinaan semula Anjung Selera, Tanjung Lipat ini dibangunkan dibawah program Pembangunan Keusahawanan Bumiputera Sabah oleh TERAJU.  Bangunan seluas 51,130 kaki persegi ini akan dibangunkan oleh Sedcovest Holdings Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat kumpulan SEDCO dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaku pemilik tanah.  Anjung Selera berwajah baharu ini akan menjadi mercu tanda premis usahawan bumiputera bandaraya Kota Kinabalu.

5 Sept 2017

2.

JELAJAH KEMPEN DERMA DARAH KUMPULAN SEDCO 2017 BERMULA DI SANDAKAN
Program CSR Kempen Derma Darah sempena ulangtahun ke-45 SEDCO telah diadakan pada 5 - 6 Ogos, 2017 di dalam Showcase Satu Daerah Satu Industri. Acara yang meriah ini telah diadakan di perkarangan Harbour Mall Sandakan.

7 Ogos 2017

 

3.

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR 1 HEART 1 TREE
Kempen kesedaran alam sekitar 1 Heart 1 Tree ini adalah program yang diselaraskan oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah dan telah dilancarkan oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah & Sarawak pada 2 Feb 2017 yang lalu.

10 Ogos 2017

4.

PROGRAM GERAK USAHAWAN, SOOK KENINGAU
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), julung kalinya menganjurkan INSKEN Bisnes Seminar - Gerak Usahawan Sook, Sabah 2017 yang akan dijayakan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Sabah Economic Corporation (SEDCO) pada 22 Julai 2017

23 Julai 2017

5.

MAJLIS PERASMIAN PREMIS ANJUNG MUARA BELURAN
Pembinaan premis perniagaan Anjung Muara Beluran ini adalah salah satu lagi usaha Sedcovest Holdings Sdn Bhd dalam memberi peluang lebih ramai penduduk-penduduk luar bandar menceburkan diri dalam bidang perniagaan.  Melalui pembinaan premis ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kegiatan ekonomi setempat terutama sekali daerah Beluran.

23 Mac 2017