gallery/logo_sedcovest(official)_200px
gallery/icon_round_facebook_green
gallery/icon_round_insta_green
gallery/icon_round_twitter_green
gallery/icon_round_youtube_green
gallery/qr-sedcovest
gallery/top_header

BERITA TERKINI

MAJLIS PERASMIAN PREMIS ANJUNG MUARA BELURAN

Pembinaan premis perniagaan Anjung Muara Beluran ini adalah salah satu lagi usaha Sedcovest Holdings Sdn Bhd dalam memberi peluang lebih ramai penduduk-penduduk luar bandar menceburkan diri dalam bidang perniagaan.  Melalui pembinaan premis ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kegiatan ekonomi setempat terutama sekali daerah Beluran.

     Projek ini adalah merupakan usahasama di antara Sedcovest Holdings Sdn Bhd, dengan Majlis Daerah Beluran di atas tanah seluas 1 ekar.  Konsep reka bentuk bangunan yang moden dan mesra alam ini menyediakan lot-lot gerai, pejabat dan kiosk perniagaan berstruktur tetap dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas.

    “Kos bagi membina premis ini menelan belanja sebanyak RM3.5 juta melalui pembiayaan peruntukan kerajaan Persekutuan. Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd, merangkap ADUN N39 Sugut di samping  memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan dengan terbinanya premis perniagaan seumpama ini, sedikit sebanyak akan membantu merubah suasana daerah Beluran dimana premis ini yang terletak berhampiran dengan dengan muara Sungai Labuk berpotensi menjadi pusat tumpuan pelancong  dalam dan luar Negara.

   Majlis Perasmian Anjung Muara ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah yang dihadiri bersama oleh menteri-menteri kanan kerajaan Negeri, pegawa-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan penduduk-penduduk tempatan.