gallery/logo_sedcovest(official)_200px
gallery/icon_round_facebook_green
gallery/icon_round_insta_green
gallery/icon_round_twitter_green
gallery/icon_round_youtube_green
gallery/qr-sedcovest
gallery/top_header

BERITA TERKINI

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR 1 HEART 1 TREE

Kempen kesedaran alam sekitar 1 Heart 1 Tree ini adalah program yang diselaraskan oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah dan telah dilancarkan oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah & Sarawak pada 2 Feb 2017 yang lalu. 

KKIP Sdn Bhd dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd telah memberi sokongan kepada kempen ini dengan menanam 10 batang pokok jati di kawasan Anjung Malawa, Sepanggar Park Kota Kinabalu pada 9 Ogos, 2017.

Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa penghijauan dan pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak.  Acara penanaman pokok ini telah disempurnakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Alam Sekitar KK, Ainul Shahrin Mohamad, Timbalan Ketua Eksekutif KKIP Sdn Bhd, Cecelia Amit dan Timbalan Pengurus Besar Sedcovest, Valeria Pillin.

Valeria berkata “KKIP Sdn Bhd dan Sedcovest amat menghargai usaha murni yang dijalankan oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah Kota Kinabalu ini.”  “Sedcovest juga akan meneruskan sokongan terhadap kempen ini dengan menanam pokok-pokok di premis-premis perniagaan di seluruh Sabah”, ujar beliau lagi.

Projek penanaman 1 juta pokok sepanjang tahun 2017 telah dilaksanakan diseluruh negeri Sabah dan baki terkini setakat 9 Ogos, 2017 yang masih perlu ditanam ialah 78,188 pokok.

 

10 Ogos, 2017 (disediakan oleh Azriatie Valerie)