gallery/logo_sedcovest(official)_200px
gallery/icon_round_facebook_green
gallery/icon_round_insta_green
gallery/icon_round_twitter_green
gallery/icon_round_youtube_green
gallery/qr-sedcovest
gallery/top_header

BERITA TERKINI

MAJLIS PELANCARAN PEMBINAAN SEMULA ANJUNG SELERA, TANJUNG LIPAT

Projek pembinaan semula Anjung Selera, Tanjung Lipat ini dibangunkan dibawah program Pembangunan Keusahawanan Bumiputera Sabah oleh TERAJU.  Bangunan seluas 51,130 kaki persegi ini akan dibangunkan oleh Sedcovest Holdings Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat kumpulan SEDCO dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaku pemilik tanah.  Anjung Selera berwajah baharu ini akan menjadi mercu tanda premis usahawan bumiputera bandaraya Kota Kinabalu.  

Matlamat projek pembinaan semula Anjung Selera ini adalah untuk menyediakan pusat perniagaan yang selesa dan teratur kepada pengusaha bumiputera dalam bidang makanan, peruncitan dan perkhidmatan.  Dengan tersedianya ruang perniagaan yang komprehensif ini diharap akan menyokong pembangunan sekitar dan sokongan kepada industri pelancongan.

Pembinaan akan bermula pada September 2017 dan dijangka siap pada Disember 2018.  Anjung Selera akan menyediakan peluang perniagaan untuk lebih 64 usahawan bumiputera dan lebih 200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 

7 September, 2017 (Disediakan oleh PRE)